Isnin, 17 Januari 2011

Benda-benda asas yang perlu ada pada setiap pengkarya !

Perhiasan dawai dihasilkan menggunakan barangan berikut : -



Dawai Kraf
- asas dawai yang lembut membuatkan ianya senang dibentuk




Dawai Artistik
-  asasnya yang lembut memudahkan dibentuk dan ianya tahan lebih lama dari dawai kraf.  Sensitif pada bahan kimia


Plier Nylon
- tujuannya untuk meluruskan dawai atau memegang bahan perhiasa tanpa mencalarkan permukaan


Batu Hiasan
- serbaguna sesuai dengan kreativiti masing-masing


Batu Mineral
- sesuai dijadikan loket atau buah gelang.  selalunya ia tidak mempunyai lubang dan pengkarya kena pandai melilitkankan dawai unutk memegang batu



Mandrel Cincin
-  sesuai dijadikan pengukur cincin atau bulatan lainnya kerana mempunyai saiz







Mandrel Gegelang Kecil
- sesuai untuk membuat gegelung yang dipanggil 'jump ring' atau untuk membentuk bulatan yang sama kerana ianya mempunyai takat-takat ukuran









Plier 4 beradik
- benda asas yang perlu ada pada setiap pengkarya dawai
   untuk memotong dawai, membentuk bulatan, mengepit dan memegang dawai

0 ulasan:

Catat Ulasan

Lefthanded Creation © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute